top of page
Search

Acknowledgement

Heyyy wassup wassup welcome to my blog gituhhhh. Setelah sekian lama tidak menaip, akhirnya. Cuti semester sudah tiba. Tapi sebelum aku lupa segala apa yang aku simpan selama ni, baik aku cerita semua dahulu.


Benarlah orang kata, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Begitu juga universiti, ada masuk, ada lah keluarnya. Ceh gempak betul intro cerita. Takda apa pun cuma nak berterima kasih kepada semua yang membantu dalam menyiapkan FYP.


First, mesti lah berterima kasih kepada partner in crime, Najmi a.k.a Boyy. Yes FYP kami memang berdua je. Memang gila. Group lain mostly 3 orang. Tapi kami, hmmm cari cari orang, takda orang nak kahkahkah.. dasar group tak laku. Tapi selepas setahun buat FYP berdua, aku boleh katakan buat kerja FYP berdua tu tak mustahil, cuma sedikit gila. HAHAHAHA. Nak buat macam mana kan, kalau sorang tak tahu, tanya yang lagi sorang, tak tahu jugak ah sudah nak buat macam mana ni. Memang pening kepala. Nak tak nak kena contact sv sbb otak tak cukup. Jadi, lepas ni boleh la buat death wish, FYP sorang hahahahaha. Takda lah gurau je, aku tak padu macam tu lagi nak FYP individu. Aku pun taktau nak cakap apa lagi, tapi boy memang banyak membantu, terlalu banyak aku pun taktau dah, pening. Hanya mampu berterima kasih. Dan aku macam masih tak percaya yang FYP ni boleh siap sepanjang tu. 69 pages (LMAO).


Okay next. Nak berterima kasih kepada semua senior dan rakan-rakan yang banyak bagi contoh. Yang sanggup send FYP dorang bagi kat aku huhuhuhu sumpah terharu nak mampus sebab baik sangat. Tak sangka saya ada ramai kawan baik. Jahatnya aku hmmm. Tanpa contoh-contoh yang diberi tu tak mungkin aku boleh buat ayat-ayat yang gempak. Begitu juga yang sentiasa bagi kata-kata semangat. Lagi-lagi sahabat sejati, Luqman Saupi hahahaha btw group dia pun 2 orang jugak. Memang gila jugak. So sama-sama mengadu hahahaha. Hebat. Tak sangka hidup lagi budak tu. Taktau la dia baca ke tak blog aku ni. hehehehe sorry fordy.


Aku taktau nak berterima kasih kat siapa lagi dah. kalau nak taip satu-satu nama, ramai sangat, takut yang tak disebut tu terasa pulak. Tapi apa pun aku SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA SEMUA. Kalau nak aku cakap terima kasih secara individu, boleh la reply kot. Nanti aku sediakan ayat-ayat yang emotional sikit cewahhh.


Okay aku rasa itu je kot untuk acknowledgement kali ni. Sebenarnya ayat ni aku nak letak aku acknowledgement FYP baru nampak acknowledgement sebenar kahkahkah tapi takpalah. Cukuplah aku letak kat sini je. Kalau letak kat FYP macam ni, memang kena hempuk dengan sv ngan panel.


So begitulah kisah hidupku. Jumpa lagi di lain blog cecece... Assalamualaikum semua. Jaga SOP, jaga diri, jaga keluarga, jangan asyik nak keluar je. hehehe.


Sedikit quote yang aku jumpa harini, mana tahu boleh menaikkan semangat yang membaca ewahhh.



BE SOMEONE'S STRENGTH.

BE SOMEONE'S INSPIRATION.

BE SOMEONE'S REASON TO NEVER GIVE UP.


Source: Google

(Kenalah cite kan nanti orang tanya pula)

 
 
 

Recent Posts

See All
Sekadar isi hati

Maaf geng lama tak buat blog.. hmm terlalu busy dengan proposal dan fyp almaklumlah pelajar semester akhir ni. Tapi aku pun selalu lupa...

 
 
 
Kisah Orang-orang pelik

Hey wassap guys I'm back. Dah lama tak menaip sebab terlalu lalu lalu busy dengan kehidupan universiti. Proposal dan FYP tak habis-habis...

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

  • Twitter
  • Instagram

©2020 by Kisah Hidup Acai. Proudly created with Wix.com

bottom of page