top of page
Search

Kisah Jatuh Tangga

WASSUP GANG WELCOME TO MY BLOG !!!!! tibeh.


Setelah sekian lama tak menaip sebab terlalu busy dengan fyp, test, presentation dan macam-macam lagi lah, akhirnya aku menaip juga. Aku sebenarnya tak tahu nak mula dari mana kisah ni tapi biasanya dimulakan dengan Bismillah. Sebelum tu minta maaf kalau ada typo sebab aku type guna phone so probability untuk typo tu agak tinggi.


Bismillah

Haritu aku dan adik beradik pergi sekolah mak sebab nak angkat meja. Dari tingkat 1, nak bawak naik ke tingkat 2. Kitorang kena angkat 30+ meja. So dipendekkan cerita, lepas semua tu dah selesai, kami pun disuruh cabut langsir pulak. Biasalah awal tahun kan, semua benda berubah. Semua nak kena baru. Lepas settlekan semua benda yang patut, aku pun turun tangga sebab nak duduk kat office mak (lebih kurang la office). Sampai kat tangga tu, kebetulan time tu lepas hujan, jadi tangga tu memang extra licin gituhhh macam kulit muka aku cewah pui. Aku pun tergelincir dan jatuh kat bontot aduh sakit baqhang nasib tak mampuih lagi.


Tapi memang sakit lah kalau nak diikutkan sbb jatuh tangga kan. Sampai terduduk pulak tu. Tapi sebab aku ni gentleman, aku pun bangun dengan hebatnya. Tapi dalam hati aduhai apalah malang sangat nasib aku. Selipar yang aku pakai time tu memang dah licin tapaknya so memang padan muka lah aku jatuh.


Lepas tu mak aku tengok selipar aku. "Hmm patutla jatuh selipar dah licin." Pastu aku cakap malas nak beli selipar baru. Then mak aku cakap "pergi beli selipar Birkenstock." Aduh dengar jenama pun dah mahal ye dok. Aku pun search la :') sekali tengok harga hmmm approaching 200myr aduh miskin aku. Aku cakap la aku nak beli selipar rm20 ke bawah ja. Cukup lah tu. Pastu mak aku suruh juga aku beli selipar 200myr tu. Aduhai apalah nasib. Dan aku search la kat shopee :'). Aku jumpa. Rm179 something like that. Aduhai kenapa la selipar pun mahal. Agaknya kalau jatuh bangunan, kaki melekat kat dinding rasanya. Tak meninggal. Seharian aku memikir patut ke tak beli hmm tapi duit bulan bulan pun mak yang bagi so hmm beli je lah.


Aku pun beli dengan air mata yang berguguran mengenangkan duit duit yang terbang. Warna kelabu selipar tu. Design dia simple and lawa la bagi aku. And after a few days, selipar tu pun sampai. Aku gantung je selipar tu kat depan rumah. Tak pakai pun sebab rasa macam kaya sangat ceh. Takdalah. Aku dah biasa pakai selipar lama sebab dah pakai since 2018 kalau tak silap. Bukan senang nak cari selipar yang betul-betul ngam dan selesa untuk dipakai. So selipar Birkenstock tu aku gantung je dulu dengan rumah. Rasanya dah 2 minggu tergantung kat situ takda siapa kacau. Bagus.





Mak aku cakap "alah beli menang memakai. Kalau barang mahal tapi pakai, takpa beli." Niat untuk jaga keselamatan." Allah deep. Agaknya aku takkan masuk public toilet kalau guna selipar tu. So begitulah kisah Jatuh Tangga untuk harini.


Takdalah best sangat pun cerita aku ni ughh. Sekadar untuk dijadikan pengalaman so aku letak sini je lah.


Btw, sejak 2 menjak ni, aku selalu perasan ada orang luar negara tengok blog aku ni. Mungkin next blog, aku patut buat dalam bahasa inggeris. Heheheehe tapi english aku ada rosak sikit2. Sebab blogging ni kena type spontan. Macam aku, aku ni jenis apa yang aku fikir time buat ni, aku terus type. So that's why my english quite bad.


Okay apa-apa pun, next blog kita try type in english lah ye. Harapnya tak rosak la english aku. Apa-apa pun kawan2, final tak lama lagi, always be ready. Jangan mengalah geng !!!


“Life is not a problem to be solved, but a reality to be experienced.”– Soren Kierkegaard


Enjoy you life geng !! Jangan like comment and subscribe cewahh perasannya. Padahal bukan ada yang baca pun kan HAHAHAHA. Okay In Shaa Allah kalau aku free, aku akan cuba untuk type lebih banyak kisah-kisah walaupun aku tahu banyak kisah hidup aku agak bosan. Takpa. Tak sabar nak habiskan kuarantin ni.


Assalamualaikum semua. Hati-hati walau di mana jua anda berada, jaga diri. Sentiasa istighfar. Jaga SOP. Pakai mask, jaga jarak. #KitaMestiMenang

 
 
 

Recent Posts

See All
Acknowledgement

Heyyy wassup wassup welcome to my blog gituhhhh. Setelah sekian lama tidak menaip, akhirnya. Cuti semester sudah tiba. Tapi sebelum aku...

 
 
 
Sekadar isi hati

Maaf geng lama tak buat blog.. hmm terlalu busy dengan proposal dan fyp almaklumlah pelajar semester akhir ni. Tapi aku pun selalu lupa...

 
 
 
Kisah Orang-orang pelik

Hey wassap guys I'm back. Dah lama tak menaip sebab terlalu lalu lalu busy dengan kehidupan universiti. Proposal dan FYP tak habis-habis...

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

  • Twitter
  • Instagram

©2020 by Kisah Hidup Acai. Proudly created with Wix.com

bottom of page