top of page
Search

Kisah Cucuk Otak

So today is 21/05/2020 and harini aku pergi hospital untuk ujian saringan kesihatan hmm takutnya aduhmakkk. So aku plan taknak tidur lepas subuh sebab takut barai. Alkisahnya aku bangun sahur pukul 4.15am kalau tak silap aku, sebab aku pasang alarm, pastu aku tunggu makanan sampai, macam raja kan, hahahahaha, sebab aku tak boleh nak turun. So 5 minutes later makanan pun sampai. Aku bangkit dari katil makan ayam penyet (grand kan).


Habis sahur aku terus subuh (lepas azan la ish korang ni) then aku fikir nak buat apa ni sementara tunggu pukul 9. So aku plan nak tengok The Flash, sekarang aku dah kat season 5 episode 3 saja bagitau walaupun takda orang tanya. Pastu aku bukak laptop. Tiba-tiba aku nampak 1 movie yang aku dah lama nak tengok, nama movie tu Weathering With You. Setakat ni baru sorang je aku pernah ajak tengok movie tu huhuhuhu tapi time aku ajak tu movie tu baru release kat wayang so takda lagi online time tu, and wayang yang dekat time tu, takda show untuk cerita tu huuuu very sad time. Tapi sekarang movie tu dah release tapi malu la pulak nak suruh dia tengok huaaaaa nak nangis jap.


Movie ni sumpah sedih bagi aku. Aku taktau apa ada dalam otak Makoto Shinkai ni, dulu dia buat movie Kimi no Na wa, movie tu pun sedih gak. Sekarang movie Weathering With You pulak aduh nangis lagi. Semua movie dia buat memang mastepiece lah bagi aku. Aku start tengok pukul 5.30am time tu lepas subuh. Sejam lepas tu aku baru sedar yang kat luar dah terang padahal aku bukak tingkap dari subuh dah, punyalah best cerita tu sampai tak sedar cahaya matahari dah masuk bilik.


Tapi yang aku terkejut, main character dalam movie Kimi no Na wa pun ada dalam tu, lelaki yang hensem tu hahahaha tapi ni dia just jadi watak sampingan la sebab kejap je scene yang ada dia.


Apa yang aku rasa best pasal movie ni is graphic dia, sumpah nice wehhh clear gila baqhang. Pastu jalan cerita dia sangatlah nice walaupun tahu lah kan jalan cerita cinta macam mana tapi ni lain sikit. Aku taktau macam mana nak bagitahu tapi korang kena tengok. Pastu wehh langit dia fuhhh dia punya sunset, daylight, awan sumpah lawa nak MAMPUS, aku rasa macam dapat goosebump tiap kali tengok langit dia. And last sekali aku paling suka is lagu dia emmm I really like !!! rasa maccam nak download je semua lagu tu, dan akhirnya pukul 7.30am lebih macam tu, habislah sudah movie ni, aku rasa macam nak nangis. sob sob.


Ni quotes yang aku paling like sekali dalam movie ni, Hodaka cakap macam ni,


"Who cares if we don't see the sun shine ever again? I want you more than any blue sky. The weather can go crazy."





Very emotional moment here.


Okay panjang pulak merapunya. So kemudian aku pun siap-siap hensem-hensem semua. Dah lama tak keluar rumah, sekali keluar auto hensem tibeeeeehhh. Pastu adik aku yang nombor 5 hantar kitorang pergi hospital, tepat-tepat pukul 10.00am sampai. Pastu kena tunggu kat luar emergency tu sebab tak boleh nak masuk.


Kat situ lah bermulanya cabaran sebenar. Time tu hujan. Kena berdiri wehh takda kerusi disediakan. Dekat 2 jam berdiri kau rasa macam mana? Sampai hujan berhenti pastu panas terik aduhh panas betul aku.. Sampai la ada seorang perempuan cina tu dia gi kaunter emergency tu tanya, time tu pukul 10.57am fuhhh detail gitu, tapi seriusly aku tengok jam masa tu, dia tanya "Bila start check untuk kami semua ni ya?"


Pastu kakak frontliner kat emergency tu cakap "Kami tunggu semua sampai baru kami start."


WAHHH sumpah la nak tunggu semua sampai. Dah 2 jam menunggu tapi baru 11 orang yang ada kat situ. Setahu aku batch yang sama sampai dengan aku haritu, ada 3 bas kalau tak silap, ini baru 1 bas. Dahlah kerusi takda langsung cam haram.


Pastu pukul 11.13am, ada seorang driver staff kat situ, aku namakan dia 'abang staff frontline penyelamat' sebab dia bagi kerusi kat kitorang akhirnya. Dan pukul 11.14am, datang terus orang yang nak check tu aduhhh function sangat bagi kerusi last minit !!!


Pastu sorang-sorang kena cucuk hidung cucuk tekak, aduhh time ni aku dah cuak dah rasa nak menjerit pun ada sebab tak mampu nak tengok semua orang kena macam tu. Pastu sampailah giliran aku.


Time ni aku hanya mampu tersenyum ketakutan. Mula-mula dia cucuk mulut dulu, dia suruh dongak bukak mulut besar-besar. pastu ada benda macam cotton bud untuk telinga tu, tapi panjanggggg memang panjang, kalau cucuk telinga kiri keluar belah kanan. Time tu aku cuba untuk bertahan lagi time dia garu-garu anak tekak dengan dinding tekak tu. Tapi lepas dia keluar tu terus terbatuk aku, KELUAR WOI AIR MATA JANTAN betul aku cakap memang sakit. Tekak aku terus jadi pahit time tu. Tapi part masih steady lagi baru setitik air mata keluar.


Then come to the most creepy part of my life. hahahahahha. Yang ni cucuk hidung pulak. Mula-mula dia cucuk hidung kiri dulu. Aku ingatkan dia just cucuk sampai jari aku mampu sampai je, sekali fuhhh 3 kali ganda jari aku dia cucuk perghh memang sakit betul. Aku rasa itu tangisan paling kuat aku pernah menangis, selain nangis sebab breakup huhuhuhu. Pastu dia suruh aku bertenang dulu. So aku ingatkan dah settle la kan, rupanya tak !! hidung kanan pulakkk. Aduhhhh aku pun cakap aku dah okay, boleh continue padahal tak, tapi tu lah biar sakit sekali harung terus. Dia cucuk sama dalam jugak. Double air mata keluar. Haih sumpah aku nangis lepas habis tu.




Pastu aku tak nampak reaction adik aku sebab aku terus keluar dari situ. Aku boleh kata hidung aku memang clear terus time tu. Tapi hmmm mengalir hingus aku lepas kena cucuk tu, nasib baik pakai face mask boleh cover. Tengok orang lain pun semua tahan hingus, kesian.


Pastu dalam kereta otw balik tu, aku hampir muntah sebab pahit sangat tekak aku betul wehhh sumpah. Aku tak tahan, pahit lain macam. Pastu dah sampai rumah.. tamatlah sudah hariku yang perit. Aku nak rehat sebab memang sakit. Takdalah sakit macam mengandung tapi cuba korang sentuh anak tekak korang guna sudu, pastu garu-garu dinding kat tepi anak tekak tu. Confirm rasa nak muntah. Hidung tu pun boleh try cucuk guna cotton bud ahahhahaha.


Sekian saja dari saya, Assalamualaikum. See you guys in the next epic blog walaupun taktahu lagi bila aku ada kisah baru.

 
 
 

Recent Posts

See All
Acknowledgement

Heyyy wassup wassup welcome to my blog gituhhhh. Setelah sekian lama tidak menaip, akhirnya. Cuti semester sudah tiba. Tapi sebelum aku...

 
 
 
Sekadar isi hati

Maaf geng lama tak buat blog.. hmm terlalu busy dengan proposal dan fyp almaklumlah pelajar semester akhir ni. Tapi aku pun selalu lupa...

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

  • Twitter
  • Instagram

©2020 by Kisah Hidup Acai. Proudly created with Wix.com

bottom of page