top of page
Search

Kisah Hari Yang Malang

Hey wassap wassap geng dah lama tak bercerita maklumlah busy memanjang dengan kuarantin, PKP, raya and macam-macam lagi hmmm. Penat oi hidup macam ni memanjang. Tapi harini aku ada kisah nak diceritakan yang aku rasa agak malang bagi aku sebab aku rasa jarang lah aku semalang ini, pernahlah jugak malang tapi hahahaha tah taktau macam mana nak cakap.


Begini kisahnya, pada hari itu, itu first day aku puasa sunat 6. Wahh first day puasa pun dah kena uji macam-macam kan hahahahahaha mahu menangis macam ni. Mula-mula aku sahur lupa dah nak makan apa. Pastu lepas subuh aku sambung tidur jap sampai laaaaa pukul 8 lebih macam tu then mak kejut suruh gi hospital cabut gigi. Btw gigi aku sumpah sakit.


Nak cerita pasal gigi jap. Gigi aku sakit sangat wehh. Dia punya level sakit tu fuhhh, kena sebutir nasi, memang meraung keluar air mata oi. Sumpah aku cakap. Dalam sehari kan ada 3 kali makan la lebih kurang, tiap kali makan aku nangis. Then pada satu malam tu, aku paksa diri untuk patahkan bahagian yang sakit tu (sebenarnya gigi aku macam retak sikit sebab patah masa dinner MAPS hahahahahaha). So aku patahkan guna jari, and lepas tu dah reda sikit sakitnya dah tak berdenyut. Esok nya aku makan, amboi sakit jugak, nampak gaya memang tak boleh lari dah. Kisah ni berlaku 2 3 hari sebelum aku ke hospital.


So kembali ke masa sekarang, pukul 9 lebih macam tu, aku dengan adik gi hospital sebab gigi kitorang sakit, memang sakit. Sampai je kat hospital, terus gi bahagian gigi. Time tu ada akak frontliner bangsa india kat situ jaga pintu. So kitorang tanya dia,


Adik: Nak cabut gigi boleh?


Akak frontliner: Gigi kamu sakit ka? Kecemasan ka?


Adik: Sakit jugaklah.


Akak frontliner: One the scale of 1 to 10, berapa sakitnya?


Adik: 8.


Akak frontliner: Kami hanya ambil yang kecemasan sahaja.


Aduh time ni aku panas jugak. Apa tah function tanya scale sakit tu. Pastu dia tanya aku pulak.


Akak frontliner: Kamu datang sini nak buat apa?


Acai: Cabut gigi jugak.


Akak frontliner: Sakitkah gigi you?


Acai: Sakit jugak.


Haish apahal la dia tak tanya scale of kesakitan aku tu, kalau tak memang aku reply, "Kalau makan auto menangis." Tapi itulah, nak paksa-paksa hospital sekarang ni tak sesuai kan maklumlah musim pandemic Covid-19 sekarang ni. Semua hospital memang busy, kalau benda yang tak kecemasan tak perlu sangat. Pastu dia sambung balik.


Akak frontliner: Kalau macam itu, you all makan dulu ubat, kalau masih sakit jugak, sakit sangat baru datang balik.


Aduh tak masalah nya ubat pun tak bagi kahkahkah tiba-tiba suruh makan ubat. Takda angin takda ribut tiba-tiba sembang ubat. Haih dan kami kembali ke kereta dengan perasaan penuh hampa sebab kena tahan sakit tu lagi lama. Pastu kami pun fikir nak buat apa lagi pastu sebab kejap sangat keluar hehehehe so nak jalan-jalan jap. So aku pulak drive time ni haish aku ni la yang paling malas nak drive. So jalan-jalan sambil main pokemon pusing mukah. Lama dah tak main kat kawasan Mukah kan. Then teringat nak potong rambut sebab memang serabut.


So suruh adik whatsapp owner kedai gunting rambut tu. Sekarang ni nak gunting rambut kena booking dulu. Lagi pun kedai tu je yang bukak so naktaknak kena ikut je prosedur yang dia buat hmmm. Pastu sampai la kat depan kedai dia. Time tu tengah main pokemon lagi huhuhu tengah raid Mawile. Jangan judge aku, aku memang peminat Pokemon Go sejati. Habis ja main tu aku terus masuk dengan yakinnya masuk ke kedai dia. Tiba-tiba dia cakap, tulis nama dulu kat luar tu. Adoi malu amat tuuuu terus keluar balik gi tulis nama and nombor telefon.


Pastu aku pun terus duduk sebab takda orang dalam kedai tu so terus start sesi potong rambut. Aku tak mintak banyak, potong sideburn and yang lebih-lebih sikit je. Sideburn tu yang kat tepi telinga tu. Aku nak simpan sampai jadi hensem macam Ben Amir so takleh potong semua kan huhuhuhu. Buang sikit je.


Pastu aku tengok sloooww je si penggunting rambut ni potong rambut ni potong rambut aku padahal aku mintak sikit je, bukannya suruh undercut ke mohawk ke jambul ke. Aku perhati tangan dia HAHAHAHAHAHAHAH bergegar wehhh macam korang tengah present. Tangan bergegar nak mampus kesian gak aku. Eh mampus ah aku nak kesian aku bayar kot. Dia dah la taktau cara nak letak tangan, nak potong rambut aku pun fikir dua tiga kali macam mana nak potong. Sikit-sikit dia potong supaya rambut aku aku tak rosak. Haih aku rasa macam nak tidur dah. Memang bagi aku level dia potong rambut ni macam masih newbie lagi lah. Nasib baik rambut aku tak rosak, kalau tak hmmm terkubur harapan nak jadi Ben Amir Rahim CEHWAHHHH HAHAHAHAHAHA YAKIN ITU KENA ADA GUYS.


Selepas 20 minit duduk akhirnya siap pun rambut aku digunting dia. Aku pun tanya,


Acai: Berapa ringgit?


Abang Gunting: RM15.


KEPALA BAPAK KAU 15 RINGGIT. BARU BELAJAR POTONG RAMBUT DAH CAS MAHAL MACAM KEDAI BARBERSHOP WAHHHH. Memang emosi jugaklah aku. Tapi itu je kedai yang bukak time ni kat Mukah. So aku takda pilihan selain ke kedai tu je. Tapi hmm RM15 tu mahal sangat oi, aku pergi tempat lain mostly average price RM8 ke RM10 je. Ini tangan pun terketar-ketar nak potong, tibe cas RM15 pui lepas ni memang taknak dah aku gi kedai tu. Simpan je lah sampai jadi macam mop rambut aku.


Sekian lah sudah kisah hidup aku. First pergi hospital nak cabut gigi, hospital tak kasi. Then gi potong rambut, bayar mahal pulak haih apalah nasib. Duit bukan banyak mana pun.


Tapi bagi aku rambut panjang ni susah jugak kan, siang malam aku kena sikat sebab takut mengganggu. Aku ni tak suka kalau rambut sentuh dahi hehehe sebab rasa serabut haih aku taktau macam mana nak cakap. Tapi yang paling aku tak suka jugak, lepas mandi kan, aku rasa macam dah lap satu kepala tau tapi bila dah habis lap tu, eh ada lagi air jatuh. Rasa macam tak kering-kering rambut aku sejak panjang ni. Nak pakai minyak rambut pun kena tunggu jap. Btw aku pakai minyak rambut tiap hari, saja bagitau walaupun korang tak tanya. Sebab rambut serabut sangat haih, nak botak sayang pulakkan. So aku pakai benda alah yang perempuan selalu letak kat rambut apa benda entah nama aku taktau hahahaha head band ke? HAHAHAHA nampak sangat aku ni noob. Aku kasi gambar je lah, nanti kalau korang tahu, bagitau la aku. Aku tahu nama dalam bahasa melanau je, bahasa melayu aku noob sikit. Jangan judge.



Itulah kisah hidup aku yang malang dan sedikit complain aku kat rambut sendiri hahaha. Sorry guys merapu banyak sangat mungkin sebab lama dah tak menaip panjang macam ni. Gerak lu assignment menanti, project menanti semua menanti. Tiba masa untuk menangis. Aku bagi sedikit quotes dengan harapan boleh memberi semangat kepada semua orang cewahhh macam ada je yang baca kan hahahaha.


Never give up on something that you can't go a day without thinking about.

~ Winston Churchill


Disebabkan kita asyik teringat projek dan assignment dan segala benda yang sewaktu dengannya, so janganlah kita giveup ye kehkehkeh. Assalamualaikum. Moga quotes itu bermanfaat. Kisah hidup aku tu kalau tak bermanfaat takpa, janji quotes je yang penting.


 
 
 

Recent Posts

See All
Acknowledgement

Heyyy wassup wassup welcome to my blog gituhhhh. Setelah sekian lama tidak menaip, akhirnya. Cuti semester sudah tiba. Tapi sebelum aku...

 
 
 
Sekadar isi hati

Maaf geng lama tak buat blog.. hmm terlalu busy dengan proposal dan fyp almaklumlah pelajar semester akhir ni. Tapi aku pun selalu lupa...

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

  • Twitter
  • Instagram

©2020 by Kisah Hidup Acai. Proudly created with Wix.com

bottom of page