top of page
Search

Kisah kena Shoutout

Yeah alkisahnya harini hari Jumaat (19/06/2020), ni kisah pendek ja sebab aku agak happy sikit harini, banyak sebenarnya tapi taktau macam mana nak react.


Aku time tu bukak live kat ig, ada 1 page ni, @shinyinstinct, page pasal Pokemon Go, time tu dia tengah live dia main game, nama owner dia Jacob. Dia main game Pokemon Sword & Shield kot time tu aku pun tak berapa nak tahu apa nama game tu. Pastu dia sembang-sembang aku dengar je lah sebab aku tahu kalau aku join conversation pun, aku bukan main pun game yang dia main tu.


Pastu sampailah ke 1 part ni, dia tanya, "If anyone can guess what pokemon is in my head right now, I'll rename the Wailord I'm about to catch, I'll change the name to that winner name."


Aku dengar je lah apa dia cakap, fikir jugak time tu pokemon apa, pastu dia bagi clue "Pokemon that have fin, black fin." Mula-mula aku cakap Finneon pastu salah. HAHAHAHAHAHA. Then dia bagi clue lagi, "Gen 3." Pastu aku cakap Swampert.


OMG BETUL GUYS !!!!!


Pastu dia cakap "That's correct Amiirrur. I'm gonna catch that Wailord and rename into your name. Do you have any request about the name? Maybe special name?"


Aku pun type lah "just Amiirrur hehehehehe."


WEHHH sumpah happy do dia sebut nama aku. Bayangkan idola sebut nama korang, ig page pulak tu. Aku ni kalau nak dibandingkan level dengan dia haih. Takda orang kenal pun aku. Sumpah excited nak mampus time tu. Pastu aku tengok la dia cuba tangkap Wailord tu, (Pokemon ikan paus yang sumpah besar nak mati). Pastu dia cari macam mana nak rename tapi tak jumpa.


Then ada orang cakap kena gi pokemon centre la blablablabla aku tak ingat. Pastu tiba-tiba ada orang tukar topik cakap pasal mission the last trials. Pastu dia lupa nak rename Wailord tu, lama aku tunggu sobsobsob. Baru semangat nak tunggu sebab nanti boleh screenshot hmmmm.


Tapi takpalah yang penting dia sebut nama aku omg. dia sebut "A-mirror". Lebih kurang macam tu lah sebab lidah omputeh kan. Mana betul sangat sebut nama orang melanau. huhuhuhu sekian kisah harini.


Okay nak siapkan multivariate and SAS pulak. Assalamualaikum. Ciao.

 
 
 

Recent Posts

See All
Acknowledgement

Heyyy wassup wassup welcome to my blog gituhhhh. Setelah sekian lama tidak menaip, akhirnya. Cuti semester sudah tiba. Tapi sebelum aku...

 
 
 
Sekadar isi hati

Maaf geng lama tak buat blog.. hmm terlalu busy dengan proposal dan fyp almaklumlah pelajar semester akhir ni. Tapi aku pun selalu lupa...

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

  • Twitter
  • Instagram

©2020 by Kisah Hidup Acai. Proudly created with Wix.com

bottom of page