Kisah Mp3 Dicuri
- amiirrur27
- Jun 15, 2020
- 6 min read
Hey wassup wassup geng, harini aku gi teman adik aku nak settlekan urusan dia sebab dia nak sambung belajar kat u, so banyak borang and dokumen dia kena settlekan. And aku teman dia pergi ke sana sini, basically jadi driver orang kata. So the first stop is pergi MRSM nak settlekan cop ke apa benda entah aku taktau, aku bawak ja.
Sampai ja kat MRSM tu, dia pun keluar gi office kat situ, and aku duduk termenung atas motor menunggu dia settlekan kerja dia kat situ. Tiba-tiba teringat kisah Mp3 aku pernah hilang kat sekolah ni. So marilah kita mengimbau kembali kenangan zaman dahulu di MRSM Mukah ni.
Kalau tak silap aku lah, time tu aku form 4. Masa awal tahun tu, aku pinjam mp3 mak aku sebab nak guna kat sekolah and nak dengar lagu time kat asrama. So masa awal-awal tu, bilik aku kat blok cemerlang, tak perlu lah korang tahu bilik, just bayangkan je aku kat blok mana. So kat situ hidupku sungguh tenang pada awal semester sebab dekat dengan kantin. Then one day, kisah malang berlaku, mp3 ku hilang dicuri. Taktahu siapa yang mencurinya sebab takda kesan langsung, bijak budak ni. Aku pun sedih sebab tak dapat dengar lagu dah. Apalah nasibku, time tu baru bulan 3, 2 bulan je pakai mp3 pastu terus kena kebas. Dalam hati aku, "One day aku akan cari siapa yang curi mp3 aku and ambil balik mp3 tu."
Tapi aku tak jumpa langsung. Aku terpaksa rahsiakan yang mp3 aku tu hilang sebab taknak mak ayah bising. Siang malam aku tengok orang yang pakai mp3 kot kot ada yang macam aku punya. Annd guess what, my mp3 is super buruk sebab tu mp3 yang lama, memang kesan calar-calar kat mp3 tu memang jelas aku taktau pahal dia nak curi padahal ramai lagi yang bawak mp3 yang lagi grand.
Dan masa berlalu begitu pantas, sehinggalah cuti pertengahan semester, aku pun dipindahkan ke blok Terbilang, blok tu paling jauh dari cafe. Roommates time tu campur form 1, 2 and 4. On my first day of masuk bilik tu, nothing happened sampai lah aku masuk bilik time petang tu. Actually my bilik ada 2 dorm, dorm kiri and kanan. Dorm aku belah kiri. Petang tu aku masuk dorm belah kanan. And 1 benda buat aku terkejut, aku nampak mp3 aku tengah charging. Bayangkan lah barang korang hilang setelah sekian lama pastu tiba-tiba terjumpa balik, memang aku terus ambiklah. Tapi aku tunggu full charge dulu lah hehehehe sebab aku nak pakai lepas habis charge tu. Peduli apa aku pencuri tu charge untuk dia pakai, tu mp3 aku kan. So aku pun duduk dalam bilik tu, tunggu full charge, tiba-tiba aku nak ke bilik air jap. Aku pun gi bilik air, tak sampai seminit aku patah balik, mp3 aku dah hilang. HAHAHAHHAHAHA. Apalah nasib kan, dah jumpa tapi tak ambik, kan dah melepas. Tapi time tu aku dah nampak cahaya yang aku akan jumpa balik mp3 tu.
And after a few days, time aku lepas mandi before nak gi surau, aku nampak ada sampul kat dalam locker aku. Dalam sampul tu ada mp3, duit RM10 yang hilang dulu (ni malas aku nak cerita sebab sama hilang dengan mp3 tu gak) and sekeping surat berisi nota "Sorry." HAHAHAHAHAHAHA takut la tu sebab aku dah jumpa mp3 haritu. So aku pun simpan balik mp3 dalam locker tu dan hari-hari berlalu seperti biasa.
Beberapa hari kemudian, mp3 aku hilang lagi huhuhuhu. Nampaknya pencuri ni hebat. Dia pulangkan mp3 aku, kasi aku syok dengar lagu Blues Gang - Apo Nak Dikato fuhhh lagu tu memang layan time tu. Orang lama kan, lagu-lagu lama memang sedep didengar. So sambung balik, pencuri tu kasi aku syok dengar lagu, hilangkan syak wasangka aku kat dia, pastu dia curi balik. fuuhhh GAME ON!
Masa menjejaki pencuri sudah tiba. Aku pun mintak tolong member nama dia Lai (Nama pendek). Dia Lai aku Cai. Dia ni memang gangster pak hang, nampak sangat aku jahat kan, time sekolah berkawan dengan budak jahat, tapi aku tak hisap rokok la. Aku ada tahi lalat tau kat leher belah kiri, pastu tahi lalat tu tumbuh rambut. Lai selalu cabut rambut tu kalau dah panjang, memang mengalir air mata, Lai ni aku kesian tengok dia, sebab dia orang susah. Dia duduk sebelah aku dalam kelas, budak ni memang kuat tidur, serius aku cakap. Aku memang hari-hari bawak nescafe ke gula-gula ke pergi kelas untuk kasi dia tahan sikit mata tu. Rumah dia memang kat dalam dalam dalam hutan memang kesian. Aku cuba tolong mana yang mampu. Dia ni memang keras kepala sikit, aku dah nasihat dia berapa kali suruh berubah, I mean aku tak pernah bagitahu orang depan-depan like "Kau jangan jahat sangat, berubah la mana tahu esok mati." Aku tak pernah bagitahu ayat kasar macam tu kat orang sebab aku baik eh tiber tiber baik pulak. Tapi kat si Lai ni, kitorang memang best friend so cakaplah apa pun memang dia tak kisah. Jap bagi aku habis describe best friend aku kat MRSM dulu nanti aku sambung balik kisah pencuri. Lai ni selalu bagitahu aku cita-cita dia, nak kerja kapal lah nak kerja lori sawit lah, sebab dia tinggal dalam hutan macam tu kan, so dalam minda dia, kerja lori sawit tu gaji dia dah cukup lumayan. Agak sebak jugaklah kadang-kadang. And dia selalu cakap, "Nanti kamu masih kat universiti, saya dah kerja, ingat tu." Dan sekarang dia dah kerja, aku masih lagi student universiti. Budak tu memang keras betul lah hahahahaha dia kerja kat UPM jadi pembantu tadbir kalau tak silap. Aku cukup bangga sebab dia dapat secure kerja awal, dia boleh bantu family dia mana yang boleh, walaupun perangai memang masih keras kepala macam dulu. Takpe.
Kita teruskan dengan kisah pencuri tu. So aku masih mencari siapa pencuri tu. My first way untuk cari pencuri tu adalah.. jeng jeng jeng, aku nak tengok siapa yang takut dengan aku, dengar mp3 sorok-sorok hehehehehe sebab kalau dah pencuri, guna barang curi pun takut sebab dalam asrama kan. So aku meneruskan usaha dalam aras aku tu, tengok semua orang yang disyaki. Selepas 2 minggu, aku dapat syak seorang budak tak ingat time tu form 1 or form 2. Dia kalau dengar mp3 memang sorok-sorok, aku tak pernah nampak mp3 dia colour apa and jenama apa.
And paling bodohnya, budak tu katil sebelah aku ja, memang senang ah aku nak tengok mp3 dia, cuma kena tunggu masa yang sesuai ja. So kat sini Lai muncul dan beraksi, aku suruh Lai bawak budak tu jalan-jalan sembang-sembang kat tempat lain asalkan bukan kat aras tu. So pada hari kejadian, aku pun bukak beg dia, and wow aku nampak mp3 aku, and earphone aku hahahahahahahaha. Tak guna betul. Pastu aku ambik la balik mp3 and earphone aku tu. tenang je aku guna depan dia lepas tu hahahaha sebab aku tak curi kan kenapa aku nak takut, memang barang aku, mp3 mak aku.
Dan selang beberapa hari lepas tu, Lai buat hal pulak, dia bawak budak form 4 yang ganas-ganas, gangster-gangster datang bilik tu malam-malam, time tu aku tak tidur lagi. Dorang mula-mula bari ceramah kat pencuri tu. Aku dah tak tenang dah. Sebab benda tu dah settle kan, mp3 aku pun dah dapat balik. So aku pun acah-acah tidur sebab taknak masuk campur. Tiba-tiba terdengar Lai cakap kat budak pencuri tu, "Kamu tahu tak mp3 siapa kamu curi ni? Mp3 kopcai tahu tak. Cuba kamu tengok dia tu, ada dia belasah kamu sebab curi mp3 dia, takda. Dia baik, tak macam kamu." Aku ingat part tu ja. Aku rasa terharu sebab ada orang cakap aku baik huhuuuuu nangis jap. Tak masalahnya, katil pencuri tu sebelah katil aku ja, memang bising ah dorang bantai budak tu plus bagi ceramah, haram jadah betul disuruh bagi tazkirah kat surau tak mahu pulak. So aku bangun, pergi dorm sebelah, walaupun masih dengar tapi aku buat bodoh malas nak kisah, tapi dalam hati aku kesian jugaklah dengan budak tu. Ah mampuslah kan siapa suruh curi mp3 aku.
So esok harinya, demam budak tu. Demam weh kena belasah senior. Menangis dia sampai pagi. Kesian betul. Aku tanya dia, "Kamu okay tak?" Dia diam je :') Rasa bersalah pulak aku.
So begitulah kisahnya, dia pun masuk JDRM sebab mencuri barang aku. Kesian. Tapi dia tak kena hukuman JDRM sebab dia dah kena bantai senior. Warden anggap itu sebagai hukuman dia supaya dia jadi baik. And senior yang bantai dia pun masuk JDRM gak, aku tak pasti yang mana sebab malas nak kisah, aku dapat barang aku, settle. Apa-apa jadi lepas tu, pergi mampus aku malas nak kisah.
Begitulah kisahnya aku berjaya mendapatkan kembali mp3 aku. Kisah tu berlaku time 2014. Sekarang dah 2020, mp3 tu masih ada lagi kat rumah ni. Adik aku yang paling bongsu tengah pakai nak dengar surah MashaAllah deepnya.
Sekian kenangan silam aku bersama mp3 hitamku. Assalamualaikum. Jaga diri elok-elok musim Covid-19 ni. Takda urusan jangan keluar. Takyah nak acah-acah craving sangat. Aku yang dah 6 bulan tak minum Starbucks ni okay je, hidup lagi. 4 bulan tak minum Tealive okay je hidup lagi. No offense geng huhuhu tapi jaga keselamatan and kesihatan. Aku sayang korang semua. Ciao.
Oh ya lepas adik aku pun settle kerja kat MRSM tu dan kitorang pun pergi tempat lain untuk settlekan urusan kat tempat lain.
Comments