Kisahku dengan Abang Hospital Frontliner Terhebat
- amiirrur27
- May 20, 2020
- 3 min read
Assalamualaikum guys.. lama tak bercerita alkisahnya busy sangat dengan online classes ni. Tapi sekarang stop kejap sebab nak raya walaupun aku takleh nak raya sangat sebab tengah dalam kuarantin hmm sedihnya, dah seminggu terperap dalam bilik, keluar nak gi tandas je. Sebab takut berjangkit dengan family kalau ada tanda (langkah pencegahan gituh). Haih sumpah bosan hidup aku, tengok tv tak boleh, turun ruang tamu tak boleh.. duduk je la haaa kat tingkat atas rumah tu.
So harini aku nak cerita pasal aku pergi test covid-19 kat hospital.
But before that, hari ahad haritu kot, kalau tak silap aku lah, ada pihak Hospital Mukah call aku, biasalah kan nak buat appointment. Mula-mula abang yang bercakap tu macam biasa lah tanya nama apa semua.
Abang hospital frontliner : Ni Amiirrur ke?
Amiirrur : Ya saya.
Abang hospital frontliner : Awak dengan Shodiiq ni adik beradik ka?
Amiirrur : Ya betul.
Abang hospital frontliner : Amiirrur dengan Shodiiqurrahim kan?
Sampai kat sini aku dah pelik dah. Setahu aku pihak hospital ada simpan semua detail nama kami yang masuk kawasan Mukah. Tiba-tiba nama adik aku salah. Aku dah panas sikit. Pantang atok nenek aku orang nama salah sebut ni. Kalau aku nak betulkan takut jadi kurang ajar pulak kan, so aku sebut nama yang betul.
Amiirrur : Ya, Amiirrur Rahim dengan Shodiiqurrohman.
Abang hospital frontliner : Oh okay. Jadi Amiirrur dengan Shodiiqurrahim ni hari khamis ni pergi Hospital Mukah ya.
Aduh geng penat aku betulkan nama. Hmmm murung aku orang gabungkan nama aku dengan adik aku.
Amiirrur : Oh okay-okay. Ada kena bawak apa-apa kah? Dokumen perjalanankah?
Abang hospital frontliner : Bawak IC sahaja.
Amiirrur : Oh okay.
Aku ingatkan habis kat sini je. Pastu dia boleh pulak sembang ngan aku. Kalau dia guna nombor sendiri takpa la jugakkan, ni pakai nombor office. Aduhai demi frontliner aku layankan jua. #KitaLayanKita tibee.
Abang hospital frontliner : Ni anak cikgu K***** kan?
Dia kenal aku guys. Aku taktahu pulak aku sepopular ni sampai orang frontliner pun kenal aku hahahaha perasan betul. Tapi takpa, kita layankan je.
Amiirrur: Ya betul tu.
Abang hospital frontliner : Kenal saya kah?
I mean wheres the fish macam mana aku nak kenal kau tiba-tiba tanya kenal ke tak. Clue pun taknak bagi. Aku fikir gak time suara ni macam suara siapa eh? Tapi takda siapa yang bermain di fikiran sebab dah lama sangat duduk semenanjung, dah lupa peminat-peminat aku kat sarawak tu. Pastu aku sambung balik.
Amiirrur : Emmm kalau tengok muka kenal kot.
Pastu dia macam.....
Abang hospital frontliner : Eh takkan tak kenal? Abang baby ni abang baby.
Ah sudah baby mana pulak ni dah la aku kena layan stranger. Pastu tiba-tiba cakap abang kepada baby. Baby mana aku taktau. Pastu ligat aku perah otak betul-betul siapa dekat sarawak ni yang aaku pernah panggil baby. Sumpah takda wehh sumpah. Ada tapi sorang la kat semenanjung tapi hanya tinggal kenangan sob sob. Okay takyah sembang pasal tu. Tapi kat sarawak sumpah tak pernah panggil orang lain baby. Pastu aku pun sambung cakap,
Amiirrur : Emmm tak kenal lah hehehe.
Abang hospital frontliner : Aih takkan tak kenal. Abang B*****.
Wehh tu jiran aku wehh.. tapi sumpah aku tak pernah panggil adik dia baby. Btw B***** ni adalah lelaki. And tak mungkin aku akan panggil dia baby and aku sumpah sepanjang aku berkawan dengan jiran aku ni, aku tak pernah langsung panggil dia baby. Baby tu just panggilan dalam family dia je. Cute kan. umur dah 20+ family panggil baby lagi huhuhuhu. Sambung balik,
Amiirrur : OOHHH kenal kenal.
Abang hospital frontliner : Haaaa jangan tak kenal. Nanti kalau dah sampai hospital nanti jangan masuk hospital, pergi dekat tepi emergency tu, duduk ja kat luar.
Amiirrur : Oh okay okay.
Abang hospital frontliner : Okay nanti kalau ada apa-apa nak tanya, boleh call nombor saya or nombor ni terus pun takpa.
Aku sumpah takda nombor abang ni hmmm pelik betul lah contact dia pun tak pernah. Memang aku call nombor office ni lah adui pelik pelik je. Pastu aku try la untuk tamatkan perbualan sebab dah takda apa dah nak ditanya.
Amiirrur : Baik abang terima kasih.
Abang hospital frontliner : Okay sama-sama.
Fuhh that was a long talk. Penat wehh #KitaLayanKita ni. Dah la aku ada kelas petang tu, time time nak rehat la ada orang call, lama pulak tu. Okay dah tamat di sini. Esok aku cerita balik sebab esok aku keluar. Ingatkan nak sambung terus sampai esok cerita ni tapi nanti panjang sangat hmm malas pulak orang nak baca cewahh. Doakan gue esok guys cucuk hidung test covie-19 hmm murung hidup aku.
See you guys in the next post. Selamat berpuasa. Jangan plastik hitam sangat. Assalamualaikum.
Comments