Kisahku di Klinik Gigi
- amiirrur27
- Jun 29, 2020
- 5 min read
So yeah welcome back to my channel !! 😂😂😂 okay harini ada emoji sebab type pakai phone so nampak la sikit perasaan aku time ni. Setelah 3-4 minggu menahan sakit gigi, akhirnya aku berpeluang untuk pergi ke klinik gigi kat hospital Mukah. 3 minggu tak pergi sebab busy sangat dengan segala project, fyp, proposal, test, quiz apa semua benda alah tu lah. Sekarang masih busy jugak tapi sebab dah lepas submit proposal and pagi ni takda kelas, so boleh la keluar rumah. Aduh susahnya type pakai phone, lag+banyak typo 💔. Tapi nampak lawa sebab ada emoji.
So harini 29 Jun 2020, hari Isnin aku ke klinik gigi. Aku mandi around pukul 7.15am macam tu la sebab hospital bukak pukul 8. Aku pergi dengan adik aku. Sementara tunggu adik aku bersiap, aku basuh bontot kuali dulu, sebab projek mak aku sekarang nak bersihkan semua kuali dalam masa sebulan, seorang dapat 1 kuali, pandai-pandailah cari masa dalam sebulan untuk bersihkan, buang hitam-hitam kat bontot kuali, pastikan putih. So time kat luar tu, aku giliran ke-11, adik ke-10. So adik masuk dulu. Then nurse tu cakap, No-11..... Aku pun hampir bangun.. tiba-tiba dia cakap Tunggu dulu ye AHHAHAHAHAHAHA nasib baik aku tak bangun lagi, senyum-senyum je aku tahan malu kat situ. Dia cakap, "Kalau ada orang keluar baru awak masuk." Aku pun iyakan je lah. Then 1 minit kemudian, keluar seorang makcik cleaner. Aku fikir, patut tak aku masuk sebab dia cakap orang keluar, aku masuk.
Okay abaikan yang tu, 5 minit lepas tu aku masuk and reunion balik dengan adik. Then kitorang tunggu giliran untuk masuk dan cabut gigi. Okay fast forward ke giliran aku masuk, aku dengan tenangnya masuk dalam bilik rawatan tu, then mula-mula kena check blood pressure. Mine is high-normal. So then dia bagi 1 air tu aku taktau air apa tapi dia suruh berkumur dengan air tu kat bilik air pastu buang. So time aku kat dalam bilik air tu, PERGHHH air tu baru clorox woi. Tak tahan aku tapi kena kumur jugak. Rasa clorox HAHAHAHAHA macam tahu je rasa clorox kan. Tapi lepas tu memang tak selesa mulut aku hampir muntah sebab rasa dia. Banyak kali aku buang air liur sebab rasa clorox tu. Then after 10 minit macam tu, aku pun masuk ada seorang nurse perempuan serve aku. Sopannya hmm. Dia briefing dulu dalam 5 minit tanya sama ada nak tahan je sakit gigi ni and consume ubat je, pilihan kedua is buat rawatan akar tapi kena tunggu sampai bulan 11 or 12 baru ada, sekarang takda sebab Covid-19, and pilihan ketiga is cabut gigi. What choice do I have kan? Aku cabut je lah sebab malas nak tahan sakit.
So first dia cucuk inject ubat pelali dulu kasi kebas. Memang sakit la bagi aku cucuk tu tapi nasib baik dia bagitahu time nak cucuk tu. Aku ingat lagi time bedah tangan (keluar topik jap), nurse lelaki tu tak bagitahu pun yang dia nak inject tangan aku, dahlah tangan aku kena sembunyikan tiba-tiba kena cucuk sakit nak mampus tapi tak mampus lagi. Okay back to current time, lepas tu aku memang terus rasa kebas tu tak sampai seminit. Tiber-tiber air liur aku jadi banyak oi tak selesanya dahlah sebab kebas tu, aku jadi susah nak telan air liur sebab bengkak. Then tiba masanya untuk cabut gigi.
Akak tu memang aku suka perangai dia, apa-apa dia buat kat aku memang dia baca bismillah dulu. Sejuk oi hati aku. Dahlah layan aku baik ja, like every 20-30 seconds dia tanya okay ke tidak, kalau sakit bagitahu, sentiasa cuba untuk interact la kiranya supaya aku tak bosan kot. Time tu adik aku dah keluar dah sebab dia cabut kejap je sekali tarik dah keluar.
So for the first 20minit, dia tarik, gerudi gigi aku tapi tak keluar-keluar jugak gigi hmm. Kesian aku tengok dia, dahlah muda lagi tenaga pun macam tak kuat sangat, perempuan kan. Punyalah aku tengok dia struggle tarik gigi aku pakai playar tu, sampai berpusing-pusing kepala aku. Still tak goyang jugak gigi aku. Selepas tu, dia cakap rehat jap. HAHAHAHAHA kesian dia. Doktor and nurse lain pun tengok aku dengan dia, lama benar terbaring kat situ. Dia duduk sebelah aku tenangkan minda, mesti peluh kan pakai baju frontliner yang tebal tu. So after 5 minutes, dia sambung balik tarik-tarik gigi aku pakai playar aku taktau apa nama benda alah tu tapi aku panggil playar. Kali ke-6 dia tarik-tarik gigi aku tu, akhirnya dia cakap, "Okay dah goyang dah ni." HAHAHAHAHA baru nak goyang wei. Bibir aku dah sakit sebab asyik bergesel dengan besi playar tu. So dia teruskan tarik, gerudi apa semua dia buat kat gigi aku, aku pun taktau. Nurse suruh dia bukak kaki kuda-kuda besar lagi HAHAHAHA sebab gigi aku keras sangat. Dahlah sepanjang cabut tu banyak sangat air liur keluar, berapa kali dah nurse tu sedut air liur taktau apahal maybe sebab ubat kebas kot. Time kali ke-10 tarik tu, dia panggil sorang nurse veteran, tolong tahan kepala aku. Memang susah aku pun taktau kenapa. Nurse tu dah takut dah sebab dia cakap takut collision dengan gigi sebelah aku dengarkan aja. Nurse veteran tu pulak cakap, "Mungkin akar gigi ni tumbuh senget kot sebab tu cengkam kuat sangat." Dan akhirnya !!!! Kali ke-13 tarik-tarik pakai playar, gigi aku pun tercabut. Fuh bapak panjangnya akar dia hahahaha. Tapi sebab gigi geraham so memang besar and susah lah kot nak cabut.
Then dia cakap tak boleh makan pedas, makanan panas tak boleh. Makan aiskrim nyamnyam. Lepas dia cakap apa semua pantang-larang tu aku pun keluar, cakap terima kasih lah apa semua. Then bayarkan RM2 untuk kos cabut gigi tu. Pastu time kat luar tu, terus balik sebab memang dah penat sangat. Aku taktau apahal tapi cabut gigi yang tu memang penat nak mati aku rasa. Dengan bibir aku yang dah sakit sebab bergesel teruk dengan besi playar ni. So sampai ja kat rumah, Bius tu dah nak hilang dah sebab dah lama sangat. Btw aku cabut gigi ambik masa 40 minit sebab tak dapat nak cabut kan. Adik aku 7 minit ja hmm. Habis ja bius tu, memang berat kepala aku, tak larat nak buat apa-apa dah. Memang sakit nak haram. Pukul 11 sampai ke petang tu, memang air mata aku mengalir non-stop sebab memang sakit sangat. Satu je cara nak hilangkan sakit, makan aiskrim. Memang nikmat rasanya. Tapi takkanlah aku nak makan aiskrim sampai esok kan memang kencing manis. So lepas tak larat sangat dah tu, aku makan sebiji pil, then terus tidur sebab uish aku taktahu lah, tak larat sangat macam kerja angkat balak tengah panas. Letak je kepala kat bantal terus tidur sampai pukul 2. Memang penat.
Aku tak ingat aku buat apa tengah hari tu, bagi kucing makan kot. So petang tu time bincang multivariate, pergh time tu memang sakit raja sakitnya. Berdenyut sampai terbaring aku, menangis-nangis aku baca notes. Sebenarnya before mv tu aku dah makan ubat, tapi kesan dia tak rasa lagi, so sakit dia masih terasa. Nakharam habis ja meeting, terus effect ubat tu start haram betul. Terus sihat aku lepas tu. Turun bawah makan aiskrim sebab taknak sakit.
Tapi apa yang aku boleh simpulkan kat sini, kalau cabut gigi geraham memang sakit sebab lubang dia besar kat dalam tu. Sampai malam darah masih keluar sikit-sikit ni. Tapi naktaknak kena hadap ja daripada aku sakit gigi tiap kali makan. So yeah itu ja kisah hidup aku yang bosan.
Sekarang kena siapkan project finance pula. Assalamualaikum, jaga diri geng, keluar pakai mask, jangan tutup double chin, tutup mulut. Jaga jarak, kalau tak penting takyah keluar.
コメント