top of page
Search

Mimpi lepas subuh

haih lama dah tak menaip kat blog sejak busy sangat dengan ODL ni serabut betul hidup. Sebenarnya takda apa yang terjadi dalam hidup aku sebab jarang sangat keluar rumah biasalah masih perintah kawalan pergerakan ni. So pagi tadi (13/06/2020) aku termimpi satu kisah yang cukup pelik bagi aku. Tapi sebelum tu aku nak bagitau satu facts yang menarik yang aku baru baca tadi (baguskan aku rajin membaca).


Dalam 1 malam, kita bermimpi selama 2 jam.


1 mimpi biasanya 5 ke 20 minit.


Maknanya, kita ada banyak episode dalam mimpi, sebab tu kadang-kadang bila kita ingat balik, mula-mula kita kat tempat lain, pastu at the other point of mimpi, kita tiba-tiba ada kat tempat lain.


Facts ni agak menarik bagi aku sebab macam make sense la kan.


Okay dah cukup pasal facts malas nak cerita panjang-panjang, better korang baca sendiri, lagi seronok. So aku nak cerita, aku bangun pagi pukul 5.30am (ayah kejut) pagi tadi. So aku pun terus bangun dan solat subuh. Pastu aku terus bukak laptop, then bukak ayat al-Quran, auto play tak kisah la surah apa. Sebenarnya aku dah biasa bukak ayat al-quran tiap hari, kalau aku tak pakai speaker laptop utk dengar video or tengok movie or dengar lecturer bercakap, memang aku akan auto on ayat al-Quran. Best! korang kena try, biar je play biar sampai korang tidur ke apa. Aku selalu macam tu weh HAHAHAHA kadang-kadang sampai habis battery sebab lupa nak charge. Masa mula-mula aku play ayat al- Quran dulu, telinga aku macam tak biasa lagi, kadang-kadang play dalam sejam lebih pastu bukak lagu K-clique HAHAHAHAHAHA layan. Pastu lama-lama aku dah biasa fuhh syok. Sejuk bilik. Aku cadangkan korang buat macam ni gak, biar je play lama-lama, tak berdosa pun, dapat pahala ada lah sebab dengar benda elok kan. In Shaa Allah slow-slow berubah ke arah kebaikan. Aku tak baik tapi aku cuba (JANGAN KECAM AKU huhuhu nanti aku nangis).


Dah merapu pulak ke situ. Pastu lepas on ayat-ayat suci, aku pun buat lah sedikit kerja, tengok-tengok slide, baca notes sikit, then aku pun pergi balik katil sebab nak baring jap (kejap je). Pastu aku pun tertidur. Baring kejap, tidur lama. Kat sini lah bermulanya mimpi pelik aku.


Jap, sebelum tu aku kena cerita apa yang berlaku sehari sebelum hari ini sebab ada kaitan.


Alkisahnya semalam aku teringat yang Community Day untuk Pokemon Go adalah pada 20/06/2020, and streak aku tak cun dengan tarikh tu so aku kena adjust, cara nak adjust streak aku is, aku tak boleh tangkap pokemon langsung sepanjang hari sabtu. So time hari jumaat tu, aku memang all out ingatkan diri aku hari sabtu jangan tangkap pokemon langsung walaupun seekor. Untuk orang yang ketagih main macam aku ni, memang susah nak tahan tapi aku boleh tapi susah banyak betul tapi nya.


Community Day tu adalah hari kita main pokemon bersama komuniti untuk tangkap featured pokemon yang ada pada hari kejadian. Time tu memang banyak orang jalan-jalan kat bandar ke kat tepi jalan ke untuk main pokemon, kalau tak caya, time 20/06/2020 nanti, tengoklah kat bandar tempat korang, pukul 11 sampai 5, mesti ada punya yang jalan sambil tengok phone, tangan pusing-pusing kat screen phone. Tapi sejak covid-19 ni, company pokemon buat Play-at-home edition so boleh main kat rumah gak. Tapi lagi best main kat luar sebab boleh jumpa player pokemon lain and sumpah best, sebab walaupun baru first time jumpa, memang akan automatic jadi kawan, sebab pokemon go ni takleh main sorang, kau kena ada geng or community. Memang best kalau ramai kawan, setahun aku main kat kb, aku taktau berapa ramai dah kawan baru aku, cina, melayu, india semua ada. Paling best main dengan cina, 1 family main pokemon oi. Ajak sembang pun layan ja walaupun tak faham mandarin huhuhu kalau faham kan best hidup aku.


So kembali kepada mimpi tu, first mimpi tu, aku ada dalam satu rumah, besar rumah tu, rumah nenek aku, yang peliknya time tu aku dah kahwin, and perempuan tu, dah dua kali aku mimpi dia tapi aku masih tak nampak muka dia. Haish aku pelik betullah aku tak ingat muka dia macam mana :'). time tu kitorang tengah susun perabot dalam bilik, dia susun pelik sikit aku pun taktau kenapa dia susun macam tu HHAHAHAHAH aku tak boleh nak bagitahu macam mana dia susun perabot dalam rumah sebab taktahu macam mana nak explain. Pastu dah settle kemas rumah tu, episode 1 dah habis.. Nampak kan mimpi ni ada banyak episode hahahahahaha, episode 1 ni aku ingat sampai situ ja sebab lepas tu dah kat episode lain.


Pastu yang aku ingat aku keluar rumah, then tiba-tiba aku kat tempat lain yang aku rasa agak familiar tapi macam bercampur sangat. time tu kat belakang rumah nenek, ada banyak pokemon wehh !! tapi 1 species ja tapi banyak. Aku taktahu sama ada pokemon tu beedrill ataupun ariados. Confuse. Time tu pokemon tu dah kepung rumah aku taktahu pahal, so aku pun pergi kat tepi rumah, tiba-tiba aku kat padang sekolah aku hahahaha padang MRSM Mukah dulu, luas nak mampus macam 10 kali ganda luasnya. Time tu aku nampak pokemon lain pulak, Weedle. Weedle ni sejenis pokemon ulat, macam cacing. Sebab Community Day bulan jun ni pun Weedle yang akan jadi featured pokemon so itu lah kot sebab aku bermimpi pokemon tu. And aku kena tangkap pokemon tu sebab time tu community day tapi aku tak boleh tangkap sebab aku dah janji dengan diri aku, aku tak boleh tangkap pokemon langsung harini (NAMPAK TAK MEMBAKARNYA SEMANGAT AKU SAMPAI AZAM AKU TU MASUK DALAM MIMPI). Pastu aku teringat, aku berlari, aku bawak someone belakang aku, tapi aku taktahu siapa, time tu tinggal 10minit lagi sebelum tamat community day. Aku lari pergi 1 bangunan ni taktahu bangunan apa macam gudang tapi besar nak mampus, kat atas bangunan tu ada pokemon yang aku kena tangkap before tamat 10 minit tu. So aku berlari sepantas yang aku mampu.


Satu part paling lawak, sambil aku lari tu, aku doa supaya aku sempat tangkap pokemon tu. Aku doa weh sumpah aku ingat doa tu. Aku mintak, "Ya Allah,..........." HAHAHAHAHA dalam mimpi pun aku berdoa dengan penuh kegigihan MashaAllah. Pastu aku lari, then ada orang sado depan aku kalau tak silap The Rock. Aku lari ke arah dia pastu dia tolak aku sampai atas bangunan tu, Bangunan tu was like 100m away tapi biasalah kan mimpi, semua benda tak logik. Dan aku pun terbang tinggi sampai atas bangunan tu. Sebelum aku sempat pijak bangunan tu, aku tersedar dari mimpi. DAMN.


First thing that come to my mind, "Nasib baik aku tak tangkap pokemon lagi harini." HAHAHAHAHA. Punyalah aku kuatkan semangat untuk tak tangkap pokemon sampai masuk mimpi aduhai. Tapi sampai ke malam aku memikirkan siapa perempuan dalam mimpi tu. Dah 2 kali aku mimpi orang yang sama tapi taktahu siapa.jAnGaN jUdGe. Aku tak boleh nak kawal mimpi aku.


Aku rasa itu je lah kot mimpi aku setakat ni. Nampak macam ada 3 episode. HAHAHAHAHA dan aku bangun pukul 9.16am kalau tak silap aku. Sedar-sedar laptop dah habis battery sebab lupa nak cucuk charger before tidur. Sorry geng mimpi aku banyak sangat fantasi sebab kuat sangat tengok anime. So banyak sangat benda yang tak logik terjadi.


Nampaknya lepas ni kalau mimpi best lagi, aku taip kat sini jugaklah supaya aku tak lupa mimpi aku hehehehe. Sebab takda kisah lain nak diceritakan so ini je lah yang boleh mengisi blog aku. Sorry geng taip panjang sangat kalau taknak baca pun takpa.


Okay aku nak buat kerja dah. Assalamualaikum. Moga berjaya menghadapi ODL semester ini dan semester akan datang ye kawan-kawan. Jangan mudah mengalah. In Shaa Allah ada hikmah kenapa semua ini terjadi.

 
 
 

Recent Posts

See All
Acknowledgement

Heyyy wassup wassup welcome to my blog gituhhhh. Setelah sekian lama tidak menaip, akhirnya. Cuti semester sudah tiba. Tapi sebelum aku...

 
 
 
Sekadar isi hati

Maaf geng lama tak buat blog.. hmm terlalu busy dengan proposal dan fyp almaklumlah pelajar semester akhir ni. Tapi aku pun selalu lupa...

 
 
 

コメント


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

  • Twitter
  • Instagram

©2020 by Kisah Hidup Acai. Proudly created with Wix.com

bottom of page