Sekadar apa yang bermain di fikiran
- amiirrur27
- Jun 20, 2020
- 6 min read
So harini aku takda apa pun kisah yang berlaku cuma aku bosan so aku banyak benda yang bermain di fikiran aku.. lantak korang ah nak baca ke tidak. Aku letak je kat sini, tiada paksaan. Btw, harini Community Day Weddle, yang aku cerita pasal mimpi aku haritu hehehehehe. Saja bagitau walaupun takda orang tanya.
Yang sentiasa bermain di fikiran aku ialah tanggungjawab menjadi abang sulung. Kalau sulung pun taktau aku taktau nak cakap apa lah. Jadi abang sulung ni bukan senang. Kalau boleh kita nak semua yang terbaik untuk adik-adik kita. Yang ada abang ke apa mungkin tak pernah rasa benda ni or kalau kau tak sayang adik kau ke hahahaha mana tau kan (gurau je). Ni based on opinion aku sebagai abang sulung, aku kalau boleh nak adik-adik aku dapat yang lagi baik dari aku. Kalau aku makan burger ayam la kan contohnya, aku akan cuba untuk pastikan adik aku dapat burger ayam special. Haaa macam tu lah ibaratnya hidup aku. Kalau aku beli baju baru yang lawa, mesti ada yang perasan kot, biasanya aku pakai 1 sem je, pastu lepas bawak balik rumah, adik aku tengok baju tu lawa, mesti dia mintak so aku bagilah. Mungkin aku sangat manjakan adik aku. Tapi tu lah, aku nak dorang hidup selesa, apa yang aku boleh tolong, aku tolong. Haish untungnya ada abang macam aku kan, baik betul. Kau nak apa, aku bagi. Kenapa lah aku tak pernah merasa hidup ada abang kan? Kadang nak jugak ada tempat untuk bergantung, macam ada orang yang lebih hebat dari aku dalam family ni. Dalam family aku, aku macam dianggap orang yang paling hebat kalau bab-bab settlekan urusan. Ni jujur aku cakap. Semua benda aku settlekan sebab dari kecik, dari sekolah rendah dah, kalau ada borang yang parent kena isi, aku yang akan isi sampai siap semua, ayah aku tinggal nak sign je lagi. Aku daftar masuk MRSM pun semua file semua dokumen, semua benda alah entah apa-apa tu semua aku isi sendiri cari orang sendiri. Ayah aku macam biasa tinggal nak sign je lagi or kalau kena hantar aku pergi mana-mana untuk settlekan borang, dia hantar. Mak aku pun cakap aku tak pandai senyum langsung kalau berurusan dengan sesiapa, tapi bagi ja kerja apa semua dia settle cepat, Orang takut dengan dia. Katanya lah. Sampai adik-adik aku masuk asrama ke universiti ke semua aku yang settlekan. Aku rasa macam hmmm sedih jugak lah semua bergantung harap dengan aku. Mak ayah aku pun bukan hebat sangat bahagian komputer ni so aku lah yang menjadi tempat rujukan nya. So itu lah, tanggungjawab menjadi anak sulung. Banyak benda yang aku kena tahu. Sebenarnya penat. Sebab otak aku ni kalau boleh aku nak semua orang rumah aku selesa. Lagi-lagi adik perempuan aku yang kecik tu, hahahaha aku manjakan betul dia. Dia mintak nasi goreng, time tu jugak aku masak walaupun time memasak tu dia asyik complaint apahal bahan yang aku guna macam tak cukup, tak mengikut cita rasa dia je. Tapi bila dah makan tahu pulak terbeliak mata makan sebab sedap sangat katanya. Aku penat sebenarnya dengan semua benda ni tapi siapa lagi nak ganti aku kan. Aku seronok tengok adik aku happy. Dengar bunyi orang gelak kat ruang tamu pun boleh buat aku bersemangat. Haih nak nangis aku menaip ni. Takpelah tu je kot.
Pastu yang second yang bermain di fikiran aku ni ialah..... benda ni takda kaitan pun dengan yang hidup dengan yang mati ke yang hidup semula ke, takda kaitan dengan sesiapa so korang takyah nak perasan sangat pastu cakap terasa lah eh pergi mampus korang ni cuma apa yang ada dalam otak aku and aku taktau nak cerita kat mana. Aku tak kisah kalau korang post kat story ke up kat status ke yang korang lepak 69 jam sehari aku tak kisah. Tu hidup korang, aku takda hak nak pertikaikan. Aku cuma kisah kalau kerja tak siap ja huhuhuhu. Korang buatlah apa pun, hisap gam ke hisap batu ke, bina bangunan ke aku tak kisah. Kita mana boleh marah hidup orang kan (kalau benda yang dia buat tu tak berdosa so aku tak marah). Janji bila time kerja nak submit, kerja dah settle. Kalau tak tahu tanya je, In Shaa Allah aku cuba bantu sebab aku pun sama-sama bodoh huhuhu aku serius tak pandai sangat bab-bab akademik ni, tapi In Shaa Allah, walaupun aku benci kau macam mana pun, aku tak suka kau macam mana pun, aku tetap akan tolong mana yang aku boleh, itu yang parent aku ajar aku. Jangan tengok siapa yang mintak tolong, tengok apa yang dia mintak tu, tengok apa niat dia. Cuba untuk bantu In Shaa Allah hati jadi tenang. Kalau kau asyik nak tengok orang je, jahat sikit terus taknak tolong, memang tak bahagia lah hidup kau. Cuba untuk jadi baik, cuba. Memang susah mula-mula, ye lah kan, kau nak tolong orang yang pernah baling najis kat kau, memang susah, tapi sampai bila kau nak jadi macam tu, sampai bila hidup nak asyik berdendam kat orang, mungkin time tu dia betul-betul perlukan bantuan and kau sorang je yang dia mampu capai time tu, ap salahnya kita menolong kan. Ceh daripada up status pasal lepak-lepak to help people real quick hah? tapi mampus lah blog aku kan. Apa aku nak type, tangan aku yang bergerak sendiri. Tapi kesimpulan kat sini, cuba untuk siapkan kerja on-time and jangan lupa tolong orang yang memerlukan kau.
Yang ketiga ni, aku susah sikit nak cerita tapi mampuslah, aku sebenarnya tak boleh moveon lagi kahkahkahkah bodohnya lah aku ni kan. Kenapa la aku tak boleh nak moveon. Adakah sebab aku tak boleh moveon or sebab aku taknak moveon? Aku pun taktahu. Siang malam aku teringat. Aku tengok orang post tealive aku teringat. Aku tengok orang post sweet-sweet aku teringat. Sebak jugak hati ni sebenarnya tapi aku mana ada tempat nak bercerita dah. Semua benda aku simpan sendiri. Blog ni pun mungkin lah tempat aku nak bercerita, untuk lepaskan sedikit beban aku, mana yang aku tak mampu nak cerita kat orang, aku ceritalah kat sini. Siapala yang nak dengan orang jahat macam aku kan. Kerja nak buat jahat je kat orang lain. Kalau orang ws, kalau aku tak reply sepatah, aku bluetick, mana tak orang malas. Sejujurnya aku nak melayan korang tapi aku bukan jenis yang menaip dah kat ws. Kalau jumpa depan-depan aku janji aku layan korang baik-baik.
haih ataupun mungkin semua ni berlaku sebab aku masih tak moveon. Aku cuba untuk lari dari orang lain. Aku tak layan apa yang aku nak. Aku mungkin nak layan korang, tapi otak aku macam masih bercelaru. Jadi aku respect kat orang yang still ws aku walaupun aku dah reply sepatah je, maybe 'K' or 'okay' or 'ye' or something macam tu. Tapi korang masih nak ws aku hahahahaha korang tak jemu ke kena k tu banyak kali hah? benci betul aku. Janganlah baik sangat dengan aku, aku ni jahat. Aku akan utamakan diri aku dari orang lain, so kalau korang mintak apa-apa dari aku and aku nak benda tu, aku takkan bagi korang HAHAHAHAHA mampus korang. Takda lah. Aku takdalah jahat sangat sampai macam tu, aku tengok situasi dulu macam mana tapi mostly aku akan tolong la. So kalau boleh jangan mintak tolong dari aku. Tu je aku nak cakap. Jangan mintak tolong dari aku. Sebab aku tak boleh kalau tak tolong orang, parent aku memang ajar aku macam tu. So aku lagi sekali merayu kat orang yang membaca blog ni, jangan mintak tolong dari aku. once again, from cannot moveon to jangan mintak tolong dari aku real fast hah? Tapi aku memang susah moveon la itu je aku cakap. Cuba korang bagi tips kat aku apa yang aku boleh buat untuk moveon. Aku macam dah try semua benda tapi aku still teringat kat si dia aduhai. Kenapalah aku ni malang sangat. Dahlah cukup lah aku menaip sampai sini walaupun aku tahu takda siapa baca blog aku yang ni sebab aku malas nak post kat mana-mana.
Just in case kalau korang baca blog ni, apa yang korang baca ni habis kat sini, tak perlu nak cerita kat siapa-siapa. Cerita kat aku je. Apa yang dibaca di sini, habis di sini, ingat tu. Jangan pandai-pandai nak mengumpat aku kat belakang. Aku tahu aku jahat tapi jangan umpat aku. Apa-apa tak puas hati cerita kat aku, paling jahat aku buat pun aku seen ja. So jangan risau, aku tak kisah orang nak buat apa kat aku. Pergi mampus, janji jangan susahkan hidup aku ja. So yeah.
Assalamualaikum, jaga diri elok-elok musim PKPP ni. Kalau tak perlu sangat, jangan keluar, duduk je kat rumah, tak mati pun duduk rumah In Shaa Allah. Bye geng.
Comments