top of page
Search

SELAMAT HARI RAYA

Di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya walau dimana jua saya berada, yang ada ketika saya susah, yang tiada ketika saya susah, yang pernah membantu saya dan semuanya hmm panjang sangat nanti nak mention semua orang. Malas nak type panjang-panjang sebab nak takbir raya nanti, tapi nak berkongsi sedikit.





Haritu ada terdengar satu ceramah kat youtube tak ingat ustaz mana, dia cakap,


"Memaafkan tak perlu tunggu hari raya baru kalut nak pm semua orang, baru start nak buat ayat maaf zahir dan batin, tak perlu. Cuba untuk minta maaf pada hari-hari biasa, biasakan benda yang sebegini."


Pastu dia cakap lagi blablabla aku tak ingat part tu, pastu..


"Kalau boleh, jangan tunggu orang minta maaf baru hampa semua nak maafkan dia. Cuba maafkan orang dari sudut hati sendiri, tiap malam sebelum tidur, cuba maafkan semua, walau benci macam mana pun, walau berapa pedas pun mulut dia kutuk hang, walau berapa ribu duit dia curi dari hang, cuba, cuba dan cuba. Tahu, memaafkan itu memang susah, jauh di sudut hati kita, memang susah nak maafkan orang yang buat jahat kat kita, tapi kita cuba, In Shaa Allah itu satu usaha kita untuk bersihkan hati kita."


Pastu dia cakap lagi aku tak ingat sangat part tu, and last sekali dia cakap,


"Memaafkan orang lain tidak membuatkan orang lain itu mulia, memaafkan orang lain itu membuatkan hati kamu lebih tenang."


Fuhh tiba-tiba jadi baik pulak aku ni kan bagi benda bermanfaat macam ni hahahahaha tapi itu lah sama-sama kita ambil pengajaran.


Aku dengar tazkirah ni pun agak deep and terasa jugak lah sebab menusuk hati aku. Lagipun aku ni dah lah tak senyum kat orang, taknak layan orang pulak tu, pastu jeling orang macam dia buat jahat, mesti ada yang sakit hati kan dengan aku tapi apa boleh buat. Aku harap korang-korang semua maafkan aku kalau aku ada buat salah, kalau ada hutang, tuntut, jangan diam je In Shaa Allah aku bayar. Kalau ada hutang budi, nanti aku bagi choki choki okay!


Macam biasa, see you guys in the next post. Jangan lupa bertakbir. Banyakkan amal, semoga selepas tarbiah ramadhan ni kita ada sedikit peningkatan dari sebelum ramadhan, walau sekecil kuman pun tak apa, janji ada. Assalamualaikum rakan-rakan.


Nak nangis jap sebab deep dengan post sendiri.

 
 
 

Recent Posts

See All
Acknowledgement

Heyyy wassup wassup welcome to my blog gituhhhh. Setelah sekian lama tidak menaip, akhirnya. Cuti semester sudah tiba. Tapi sebelum aku...

 
 
 
Sekadar isi hati

Maaf geng lama tak buat blog.. hmm terlalu busy dengan proposal dan fyp almaklumlah pelajar semester akhir ni. Tapi aku pun selalu lupa...

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

  • Twitter
  • Instagram

©2020 by Kisah Hidup Acai. Proudly created with Wix.com

bottom of page